SHAH ALAM, 5 Ogos: Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Iskandar A Samad (gambar) berharap semua pihak tidak wajar membuat kenyataan yang menunding jari kepada mana-mana pihak sebelum mendapat laporan lengkap daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Ini kerana kata beliau, isu pemeriksaan Jais ke atas satu majlis di bangunan Gereja di Damansara Utama sebagaimana yang dilaporkan media terlalu sensitif kepada semua pihak. Sehubungan itu beliau menegaskan semua pihak perlu berhati-hati membuat ulasan tentang tindakan Jais selagi belum menerima satu laporan lengkap daripada pihak Jais. Berhubung kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, setakat ini belum ada lagi apa-apa pertemuan di antara beliau dan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. |
Jumpa #Jais , gereja dapat gambaran sebenar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment