Oleh: Haji Julaihi Haji Suut
PAKCIK  diberi keutamaan oleh The Four Horsemen dari kepulauan Borneo untuk  membentangkan kertas kerja berkenaan penubuhan Malaysia tahun 1963 dan  perkara-perkara bersabit 1963. Ulasan pakcik hari ini banyak berdasarkan  fakta-fakta sejarah yang dipetik dari pelbagai sumber yang dipercayai,  termasuk transkrip orang Inggeris di Parlimen British. The Four Horsemen  menamakan kertas kerja hari ini ‘Aprilfool Malaya’.
Projek Aprilfool Malaya
(Tugasan):
1.The Debate On The Malaysia Bill In The British Parliament 19th July 1963, (Kajian Sarah J. Brooke)
2.How Sarawak was conned into the Formation of Malaysia: Dr Ooi Keat Gin (Kajian James anak Bond)
3.Separate but equal by N Shashi Kala and Ooi Ying Nee; Things fall apart By Sim Kwang Yang (Kajian Devil’s Advocate)
4. 20-Point Agreement by Wikipedia...
Tugasan-tugasan di atas diserahkan untuk tindakan lanjut pakcik, maksudnya penulisan dan pembentangan dalam bahasa ibunda.
Sebut  saja ‘sejarah’, pasti ada pembaca-pembaca yang mula hilang minat.  Maklum saja lah manusia-manusia zaman plastik sekarang cenderung kepada  sesuatu ala tema Maggie Mee ‘cepat dimasak sedap dimakan’. Minta maaf,  pembentangan kertas kerja hari ini tidak dapat dipercepatkan. Tetapi  kita mungkin boleh buat ia jadi sedap didengar.
Lantaran  itu pakcik diberi peranan untuk bercerita. Dua sebab. Pertama, Bahasa  Malaysia, atau singkatannya BM, senang difahami oleh setiap lapisan  masyarakat, termasuk orang Penan. 100 peratus orang Malaysia boleh  membaca BM, sedikit pengecualian diberi kepada orang Cina dan India.  Masih ada segelintir mereka yang tidak pandai membaca bahasa kebangsaan,  walaupun sudah lebih 40 tahun bermastutin di negara ini. Tertanya-tanya  pakcik, adakah mereka-mereka ini sebetul-betulnya rakyat Malaysia.  Barangkali bila bencana melanda baru kita boleh kesan mana satu Malaysia  jati mana yang Malaysia setinggan.
Sebab  keduanya pula ialah pakcik Julaihi pandai bercerita - demikian  anggukkan datuk-nenek adik-kakak di rumah. Lantaran itu pakcik terpaksa -  konon-kononnya terpaksa - membentangkan kertas kerja kita hari ini  dengan gaya dan ragam yang sudah jadi resmi pakcik Julaihi, dilakukan  demi mengekalkan minat pembaca. Dengan itu, penggunaan Bahasa Baku  berakhir setakat ini. Hujah-hujah, dakwah atau dakyah yang seterusnya  perlu diadunkan dengan bahasa Gila-Gila atau arwah Din Beramboi.
Minta  maaf, cerita kita hari ini ada sedikit mabuk, dari segi pengolahan  bahasa. Hentam sana hentam sini, hentam atas belakang, kasi tangkap syok  topik yang boring. Part-part lain kita tak mabuk. Waras  sewaras-warasnya.
Kalau ada lumpur di lading,
Sepatu bergaya jangan ditayang,
Kalau dah bersedia awang dan dayang,
Satu Malaya kita kasi goyang.
BAHASA & BANGSA
Komentari : Haji Julaihi Haji Suut
BAHASA MALAYSIA
Siapa  bilang Gadis Melayu tidak menarik, tidak memikat hati? Demikian  dendangan Mawi dan Jamal Abdillah. Gadis Melayu memang cun giler. Dia  punya lenggok boleh memukau pak Arab. Tetapi Gadis Melayu tak secantik  Gadis Malaya. Ada lagi satu gadis idaman kalbu, tangga teratas dari  Gadis Melayu dan Gadis Malaya. Kelahiran campuran Sabah dan Sarawak,  nama sang puteri ialah Gadis Malaysia.
Siapa  bilang Bahasa Melayu tidak menarik, tidak memikat hati? Demikian  pertanyaan Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Hussein. Pakcik yang bilang!  Pakcik kata Bahasa Melayu memang tak menarik langsung, tak ada kelas,  tak sedap, tak ketat, tak nyaman. Ha, lagi engkau!
Sekejap  bahasa pengantaraan jadi Bahasa Baku, kejap jadi Bahasa Malaysia, kejap  jadi Bahasa Melayu, kejap jadi Bahasa Malaya aper ntah. Lepas tu dia  banyak versi. Ada bahasa Kolumpo, ada bahasa Putrajaya, ada bahasa filem  cetak rompak. Ada pulak istilah-istilah bahasa Indonesia di-bilang-kan  dan di-bisa-kan dalam bahasa Malaysia. Tapi pandai pulak diaorang reject  ‘membutuhkan’.
Tapi  pakcik tak mahu lagi dah berjuang, berbilang, berbisa, atau berbutuh  dalam belukar bahasa. Banyak kali dah pakcik tulis bab-bab ni. Pendirian  Kementerian Pendidikan masih serupa orang mabuk, kejap ke hulu kejap ke  hilir. Diaorang nak aper sebenarnya - bangsa ke bahasa? Kita orang  Sabah dan Sarawak, penganut setia BM zaman-berzaman, jadi bengang bila  bangsa Melayu sendiri buat murtad pada bahasa dia. Tau tak per.
Kalau  ikut-ikut lah kan, kalau digunapakai 20-Point Agreement (Sabah) dan  18-Point Agreement (Sarawak) semasa penubuhan Persekutuan Malaysia 16  September, 1963, bahasa rasmi Sabah dan Sarawak ialah Bahasa Inggeris.
POINT  2: “Malay should be the national language of the Federation. English  should be an official language of North Borneo for all purposes, State  or Federal, without limitation of time.”
Habis  tu siapa yang pandai-pandai gantikan English dengan BM di  sekolah-sekolah kerajaan di Sabah dan Sarawak? Malaya yang buat, bermula  tahun 1979 kalau tak silap pakcik. Lepas tu bila Sabah dan Sarawak  dengan sukarela menerima subjek BM dalam bilik darjah, bila  ibubapa-ibubapa sanggup berbelanja untuk beli buku sekolah buat  anak-anak, Malaya pulak buat macam-macam pada Bahasa Malaysia setiap  kali tukar menteri pendidikan - 1983, 1987, 2006, kalau tak silap  pakcik.
POINT  15: “The existing educational system of North Borneo should be  maintained and for this reason it should be under state control.”
Orang  Borneo masa tu semua pandai English. Ayahanda pakcik sempat buat Master  lagi kat Eropah. Tapi Borneo baik hati pada Malaya. Borneo anggap BM  sebagai satu cara Malaysia boleh buat satu identiti, dan Borneo pun  melupakan identiti mereka demi identiti nasional. Demi Malaysia kita  orang Borneo sanggup berkorban. Demi negara!
Bila  Borneo sudi menerima pendidikan Malaya, jangan lah pulak orang Malaya  haru-birukan bahasa kita seMalaysia. Cukup lah tu. Sains dan Matematik  bukan orang Melayu yang buat. Kalau molek matapelajaran sains dan  matematik diajar dalam bahasa Inggeris, apa salah nyer? Isu-isu  nasionalisma tu tak payah dimainkan. Inggeris ker, Arab ker, Cina ker,  tak hilang Malaysia kita, tak rugi apa pun kita.
Atau  Melayu yang rugi? Begitu ye? Sound lah awal-awal. Cover line di sini  ialah bahasa ialah demi bangsa dan bukan integrasi nasional, identiti  negara. Begitu ye? BM kena diubahsuai supaya pelajar Malaya senang  pandai, pelajar Borneo lambat nak pandai. Begitu ye? Kalau itu  perjuangan Malaya, Borneo kena tarik diri.
Untuk  tidak terus pening kepala memikirkan isu BM ni dan tanpa perlu menunggu  buku teks sekolah diubahsuai sekali lagi, pakcik dan angkatan The Four  Horsemen, bermula dari hari ini, saat ini, mengiktiraf hanya satu jenis  BM di Malaysia iaitu Bahasa Baku. Lain-lain BM selain daripada Bahasa  Baku adalah tidak sah, tidak berguna dan kurang-Malaysia lebih-Melayu.  Lain-lain BM, seperti bahasa yang pakcik gunakan di sini dianggap bahasa  mabuk atau bahasa bohsia atau bahasa blog. Itu pendirian kita.
AGAMA ISLAM
Sama  kes dengan Bahasa Melayu, agama Islam bukan agama rasmi di kepulauan  Borneo. Demikian peruntukan 20-Point Agreement (Sabah) dan 18-Point  Agreement (Sarawak).
POINT  1: “While there was no objection to Islam being the national religion  of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the  provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya  should not apply to North Borneo.”
Tak  payah diulas dengan panjang lebar, nanti ada pihak yang terlebih akal.  Hakikatnya ialah Islam atau Kristian atau Hindu atau Buddha, termasuk  animisma, adalah OPTIONAL ITEM di Sabah dan Sarawak. Silakan memilih,  tapi jangan dipaksa. Jangan gunakan peruntukan undang-undang Islam  Malaya ke atas aspek keagamaan di Sabah dan Sarawak. Tunku Abdul Rahman  saksi perjanjian kita.
SEBELUM MERDEKA
Komentari : Haji Julaihi Haji Suut
KELAHIRAN MALAYSIA
“Tanggal  31, bulan lapan, lima puluh tujuh…” Demikian nyanyian allahyarham  Sudirman Haji Arshad. Ada pulak seorang lagi artis Malaya buat lagu  kemerdekaan Malaysia. “Saya anak Malaysia… sembilan belas lima puluh  tujuh, bulan lapan aku dilahirkan….” Pesanan pakcik buat mamat-mamat  yang sekolah tak cukup: “Engkorang anak Malaya sebenarnya, bukan anak  Malaysia.”
Buat  orang-orang Malaysia yang sebetul-betulnya Malaysia, ingat ini  baik-baik. Ingat sampai ke anak-cucu. Tak kira apa kata orang Malaya,  tak kira apa diaorang tulis dalam buku sejarah sekolah tadika sekalipun,  sebetul-betulnya perkara ialah Malaysia merdeka tanggal 16 bulan  sembilan tahun 1963. Satu dunia tahu. Komunis-komunis pun tahu.
Ingat,  nama MALAYSIA hanya bertapak dengan rasminya pada tahun 1963, bukan  1957 seperti yang digila-gilakan orang Malaya. Borneo hanya bersetuju  untuk meraikan ulang tahun Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos. Haribulan  sahaja, bukan tahun. Rancangan asal ialah Malaysia merdeka 31 Ogos,  1963. Tetapi disebabkan beberapa masalah semasa pembentukkan Malaysia  ketika itu, Malaysia akhirnya berjaya ditubuhkan pada 16 September,  1963. Secara dasarnya 31 Ogos; secara praktikalnya 16 September.
Debate on The Malaysia Bill in The British Parliament 19th July 1963:
“During  September, 1962, the legislative assemblies of (Sabah) and Sarawak  adopted resolutions unanimously welcoming in principle the decision to  establish Malaysia by 31st August this year (1963).”
Arkib Negara dan www.heritage.gov.my:
“Percantuman  Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah  melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah  dikibarkan dengan resminya (rasminya) di seluruh negara untuk  melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September, 1963.”
MALAYA MASUK MALAYSIA
Ingat  lagi satu perkara. Ingat sampai ke anak-cucu. Sabah dan Sarawak tidak  MASUK Malaysia. Sabah dan Sarawak adalah dua bahagian daripada empat  bahagian, termasuk Malaya dan Singapura, yang membentukkan satu negara  bernama Malaysia. Sebenarnya lima bahagian kalau dikira Brunei sekali.  Tapi Brunei masa tu tak nak bercantum dengan kitaorang.
Perlu  rasanya pakcik menerangkan lebih lanjut kes masuk-masuk ni. Persekutuan  atau dalam bahasa Inggeris ‘Federation’, bermaksud dua kerajaan, atau  lebih, bergabung untuk membentuk satu negara, tetapi sempadan  masing-masing tidak terusik. Sama macam empat buah rumah buat satu  kampung kecil. Kita sekampung dalam Malaysia, tetapi sempadan rumah aku,  sempadan rumah engkau dan apa kita buat dalam rumah kita, masing-masing  punya hak. Isteri aku engkau jangan usik. Anak perempuan aku kalau  engkau nak, engkau masuk meminang. Pokok durian aku dan ayam ternakan  aku kalau engkau nak, aku boleh sedekahkan. Jangan jadi kurang hajar  macam UMNO di Sabah.
Kalau  dilihat dari sudut kritis dan sinis, sebenarnya Sabah dan Sarawak yang  buat Malaysia. Maka sebetul-betulnya kata, Malaya yang masuk Malaysia.  Kalau Malaya tak sedap hati dengan pendapat pakcik ni, apa kata kita  satu Malaysia ubah mentaliti kita. Mulai hari ini jangan lagi ada  bisikan-bisikan ‘Sabah dan Sarawak masuk Malaysia’. Selepas ini kalau  ada stesen TV, suratkhabar atau majalah yang kata Sabah Sarawak Masuk  Malaysia, kita saman dia.
KAMPUNG MALAYSIA
Sebelum  Malaysia, kerajaan-kerajaan manusia bersiong sekitar Gunung Ledang,  kampung-kampung pelarian Siam persisiran laut Terengganu, mukim-mukim  lanun bersara sepanjang Selat Tebrau, kongsi-kongsi lombong dan  estat-estat kuli getah sekitar Lembah Klang dikenali sebagai Persekutuan  Tanah Melayu atau Malaya sehingga 1963. Bukan Malaya yang buat  Malaysia. Kerajaan British yang tentukan nasib jadi ke tak jadi  Malaysia.
Debate on The Malaysia Bill in The British Parliament 19th July 1963. The Under-Secretary of State for the Colonies
(Mr.  Nigel Fisher): “May I say that the leaders of the countries, which are  to unite on 31st August, have shown a very high level of statesmanship  throughout the past two years, and I am persuaded that they will  continue to do so. We in this House certainly - I know that in this  respect I speak for the whole House - wish them well in their task of  creating this new independent nation in the Commonwealth, and I am quite  confident that hon. Members will give the Federation a good start by  giving this Bill an unopposed passage through the House of Commons  today.”
(Mr.  R. W. Sorensen): “I support the Bill because I believe that, on the  whole, the majority of the people in the four territories of Singapore,  Malaya, Sarawak and (Sabah) want Federation, if not with enthusiasm at  least with what I may call prudent wisdom.”
Mr.  A. G. Bottomley of Middlesbrough, East: “We are not only having an  extension of Malaya. We are, in fact, creating a new (country Malaysia) …  the other Commonwealth Governments have been consulted and that they  will cordially welcome the new (country Malaysia) into the  Commonwealth.”
MALAYA MERAYU PADA BORNEO
Ingat  satu lagi perkara. Ingat sampai ke anak-cucu. Malaya yang beriya-iya  memujuk Sabah dan Sarawak untuk buat satu negara dengan Malaya dan  Singapura. Borneo endah tak endah, mahu tak mahu, jadi tak jadi, selamba  jer. Sabah dan Sarawak masa tu ada pilihan. Sama macam Brunei ada  pilihan. Dia nak ke tak nak buat negara dengan Malaya, tak boleh paksa.
Malaya  kowtim, bagi makan best-best, urut-urut, bawa round kampung wakil-wakil  Borneo yang dijemput melawat Semenanjung Tanah Melayu. Minah-minah  kabaret pun masuk menu kot. Tetapi Borneo masih tak suka MELAYU RAYA.  Borneo pilih MALAYSIA. Ha! Dengar tu. Sabah dan Sarawak yang pilih nama  Malaysia. Itu pasal nama Malaysia ada sehingga ke hari ini.
POINT 5: “Malaysia” but not “Melayu Raya”
Sabah  dan Sarawak juga yang tentukan rupa bentuk bendera Malaysia. Kalau  diikutkan pilihan Malaya, bendera Malaysia ada lambang keris bersilang  dikelilingi bintang pecah lima. Engkorang ni tak habis-habis dengan  Keris, serupa Iban Sarawak tak habis-habis dengan terabai.
BORNEO BELA MELAYU
Ingat  satu lagi perkara. Perkara paling penting. Ingat sampai ke anak-cucu.  Sabah dan Sarawak menyelamatkan keris-bersilang-bintang-pecah-lima di  Malaya, sehingga hari ini Malaya masih ada raja-raja. Sehingga Melayu  boleh membesar sebagai johan dan bertaktha sebagai UMNO. Jasa Sabah dan  Sarawak sangat besar kepada Melayu. Sabah dan Sarawak bela nasib Melayu  dari hari pertama Malaysia ditubuhkan dan dibutuhkan.
Sebelum  ada Malaysia, Singapura dah dua kali cadangkan Malaya dan Singapura  bergabung buat satu negara – pertengahan 50an dan 1959. Tapi Melayu di  Malaya takut. Melayu takut! Sebut sekali lagi, Melayu takut! Takut bukan  apa. Cina Singapura campur Cina Malaya, tenggelam Melayu.
Menurut  bancian 1960 di Malaya: Melayu 3.460 juta; Cina 2.552 juta; India 700  ribu. Bancian di Singapura pula: Melayu 232 ribu; Cina 1.253 juta; India  140 ribu. Malaya campur Singapura: Melayu 3.6 juta, Cina 3.8 juta. Cina  masa itu memang dah kaya raya, ada kekuatan tentera Chin Peng pulak tu.  Maksudnya, tuan-tuan dan puan-puan, kalau Singapura dan Malaya buat  satu negara, Malaysia hari ini adalah negara Cina. Islam akan dikulupkan  dibawah pengaruh komunis.
Dr Ooi Keat Gin, pakar sejarah Asia Tenggara:
“Why  Malaysia? The initiative apparently came from the wishes of Singapore’s  leaders. David Marshall, Chief Minister of Singapore during the  mid-1950s, was keen for a merger but the Tunku then was reluctant. Then  in 1959, when Lee Kuan Yew of the People’s Action Party assumed the  chief ministership, he too proposed a Malaya-Singapore merger for  economic and political reasons. The Tunku’s initial reaction was at best  lukewarm. As the political Left in Singapore gained momentum, however,  the Tunku began to warm up to Lee’s persuasive arguments of merger.
Although  the Tunku and his Malay colleagues in the United Malay National  Organisation (UMNO) did not want to have a Left-leaning Singapore as  their neighbour, neither did they wish for a merger with  Chinese-dominated Singapore that would mean upsetting the racial  arithmetic in favour of the Chinese.
The  Borneo territories then became imperative components in the wider  federation scheme. Nearly 70% of the nearly 1.3 million inhabitants  (1960 census) of Sabah, Brunei and Sarawak comprised Malay-Muslims and  non-Muslim indigenous peoples, the Borneo territories were viewed  favourably as a counterweight to Singapore’s Chinese majority.”
Malaya  hanya berani buat negara dengan Singapura kalau Borneo juga masuk sama.  Dengan adanya Melayu-Muslim dan masyarakat pribumi yang ramai di Sabah  dan Sarawak, pecahan penduduk Cina dan bukan-Cina di Malaysia jadi  seimbang.
Dr  Ooi Keat Gin: “This racial arithmetic, however, hinged on an  assumption: “that in extreme racial issues the indigenous population of  Borneo might choose to align themselves with the Malays (of Malaya), to  whom they were racially akin, rather than to the Chinese”.”
Bila  tahu Cina tak boleh dah pegang Malaya, Singapura keluar Malaysia 9 Ogos  1965. Sekaligus Melayu menjadi majoriti di Malaysia. Tetapi peranan  Borneo dalam politik Malaysia kekal. Kalau bukan kerana Sabah dan  Sarawak, orang Cina sudah jadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1969.  Sila rujuk peristiwa berdarah 13 May.
Ha!  Lagi Melayu nak sombong kat orang Borneo? Ha! Cetakkan cerita ini dan  baling kat muka diaorang. Bagi UMNO baca puas-puas. Sedar diri tu sikit.  Cakap kat dia, diaorang tu sebenarnya penakut. Dia jadi berani hanya  bila Sabah dan Sarawak jadi geng dia. Kalau bukan kerana Sabah dan  Sarawak, entah apa jadi dengan nasib Melayu.
BUMIPUTERA KITA
Kita  tahulah Malaya memang penakut, tapi apa yang Malaya phobia sangat  dengan Borneo? Tak cukup dia nak meng-UMNO-kan satu Borneo, PAS Malaya  ada pulak cita-cita nak meng-Islam-kan satu Malaysia. Respeklah sikit.  Ingat janji kita tahun 1963. Ingat jangan tak ingat.
Malaya  ada singaphobia ye? Takut Sabah dan Sarawak keluar Malaysia macam  Singapura keluar Malaysia tahun 1965 ye? Malaya takut rugi tak ada  minyak dan kayu balak ye? Malaya takut Cina kembali berkuasa ye? Malaya  takut Tun Perak kena berlawan sorang-sorang dengan Siam ye? Malaya  takut, kalau tiada Sabah dan Sarawak, Malaysia akan dilabelkan negara  100 peratus extremis Islam oleh kuasa barat ye?
Habis  tu apasal pentingkan sangat isu-isu Melayu Malaya bila berurusan dengan  hal ehwal Borneo? Seolah-olah Melayu itu satu komoditi yang boleh  dilombong, ditebang, digerudi sehingga dapat memuntahkan  jongkong-jongkong emas? Melayu dan Bumiputera Borneo sebenarnya sama  perahu, sama nasib, sama impian, sama perjuangan, sama cap. Bumiputera  Borneo pun setaraf Melayu Malaya juga tau? Baca 20-Point Agreement  (Sabah) dan 18-Point Agreement (Sarawak).
POINT  12: “In principle, the indigenous races of North Borneo should enjoy  special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the  present Malays’ formula in this regard is not necessarily applicable in  North Borneo.”
Entah  apa tafsiran engkorang tapi kefahaman pakcik tentang POINT 12 ialah  hak-hak keistimewaan orang Melayu di Malaya dikongsi sama dengan  masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak. Selain daripada garisan halus  yang memisahkan Melayu Malaya dan Bumiputera Borneo, pada dasarnya  Bumiputera di serata Malaysia berkongsi nasib, duduk sama rendah berdiri  sama tinggi.
Itu  janji kita dulu. Itu sumpah kita walau sampai ke liang lahad. Borneo  sudah membela nasib Melayu Malaya di zaman kegetiran 1960-an,  bersama-sama dengan Melayu Malaya menembak komunis-komunis di hutan  Pahang, sehingga hari ini mereka membesar sebagai johan, bertaktha  sebagai UMNO. Giliran Melayu Malaya pula membela Borneo. Silakan!…
SELEPAS MERDEKA
Komentari : Haji Julaihi Haji Suut
Nyanyian Pakcik Haji Julaihi:
“Saya anak Malaysia,
saya anak Malaysia 1963,
bulan sem-bilan aku dilahirkan,
Disebuah negeri yang diberi nama Negeri Sarawak,
Saya anak Malaysia, saya anak Malaysia,
Kata mereka kita satu negara,
Kata mereka kita satu bangsa,
Aku pergi sini dan aku pergi sana,
Rupa-rupanya kita tak sama”.
Sim  Kwang Yang, bekas MP Bandar Kuching, menulis keluhan beliau dalam  thenutgraph.com pada 15 September 2008, “The long-standing question  among Sabahans and Sarawakians has been this: Have the promises of  Malaysian independence been fulfilled for the people of these two  states, or have they been liberated from British colonial rule in 1963,  only to become quasi-colonies of Kuala Lumpur?”
Keluhan-keluhan  budak Sim ni bukan perkara baru. Sejurus selepas Singapura keluar  Malaysia tahun 1965, Borneo sudah terasa perubahan sikap Malaya. Tanpa  Singapura, dan selepas Cina dikalahkan pada 13 May 1969, Melayu Malaya  jadi angkuh. Dan bila Bapa Kemerdekaan bertukar Bapak UMNO, muncul lah  watak-watak dayus dan kulup seperti yang kita lihat sekarang. Mereka ini  lah yang mengilhamkan ramai lagi watak-watak dayus dan kulup seperti  Bung Mokhtar di Sabah dan Taib Mahmud di Sarawak. Maka semakin lah dayus  dan kulup Iban-Iban PBDS… sekulup-kulupnya Temenggung Jugah.
The  Cobbold Commission published its findings in Report of the Commission  of Enquiry, North Borneo and Sarawak in August 1962: “It is a necessary  condition that, from the outset, Malaysia should be regarded by all  concerned as an association of partners, combining in the common  interests to create a new nation but retaining their own  individualities.
“If  any idea were to take root that Malaysia would involve a ‘take-over’ of  the Borneo territories by the Federation of Malaya and the submersion  of the individualities of North Borneo and Sarawak, Malaysia would not,  in my judgement, be generally acceptable or successful.”
Berjaya  sudah Malaya mengelirukan Suruhanjaya Cobbold dan Borneo purba. Habis  madu sepah dibuang. Selepas merdeka, Malaya menunjukkan warna sebenar  Malaya. Malaya sudah lupa janji kita. Malaya sudah lupa sumpah kita.  Seandainya syurga yang jadi saksi sumpah kita tahun 1963, alamat tak  masuk syurga orang-orang Malaya. Dayus dan kulup.
KEKULUPAN MALAYA
Tetapi  apa yang Borneo dapat berkat penat-lelah, berani-mati, semangat  setiakawan yang kita berikan dengan penuh komitmen dan dedikasi kepada  Kerajaan Malaya? Borneo dulu ada pilihan selain dari Malaysia. Borneo  boleh take-its-time macam Brunei. Ding dong-ding dong dalam jagaan  British. Tapi Borneo pilih Malaysia. Borneo pilih untuk berkongsi  minyak, kekayaan hasil semulajadi, aspirasi politik dengan Malaya.  Borneo pilih untuk berkongsi nasib, duduk sama rendah berdiri sama  tinggi, apa nak jadi jadilah, dengan Malaya.
Andaikata  Cina-Cina Singapura melanggar Malaya masa itu, pakcik pasti angkatan  pemburu kepala dari Kepulauan Borneo akan bangkit membantu Malaya.  Borneo pilih Malaya sebagai saudara. Saudara sehidup semati.
Tetapi  apa yang saudara kita di Malaya buat pada Borneo? Lihat lah wahai  insan-insan di dunia apa balasan kita menyuap nasi, menyarung baju  perisai, memberi keris kepada Malaya. Dia masih tak berani berlawan  dengan Singapura sehingga ke hari ini. Tetapi dia berani menikam Borneo  dari belakang. Saudara kita sendiri mencederakan kita. Saudara kita, ya  Allah.
KEDAYUSAN MALAYA
Pakcik  tak mahu bercakap dari kepala kosong. Tak pasal-pasal nanti orang  KeAdilan kata pakcik dua kali lima Khairy Jamaluddin - tin kosong dari  Oxford. Pakcik petik pendapat pakar undang-undang perlembagaan Dr Shad  Saleem Faruqi. Kata beliau, Sabah dan Sarawak adalah dua rakan-kongsi  yang penting dalam kompeni Malaysia, sebagaimana yang diwartakan dalam  20-Point Agreement. Borneo ada suara politik, kekuatan ekonomi dan hasil  semulajadi yang tidak terdapat di mana-mana negeri di Malaya. Sabah dan  Sarawak seharusnya diberi peranan besar dalam menentukan nasib negara.
Dr Shad: “But whether (Sabah and Sarawak) are afforded those special rights in the administration, that is the question.”
Jawapan  pakcik kepada Dr Shad, nak pegang jawatan ketua setiausaha dalam  pentadbiran awam pun tak pernah dapat. Bekas ketua menteri Sabah Bernard  Dompok setuju 100 peratus dengan kenyataan ini. Sabah nak buat stesen  TV dia sendiri pun tak boleh, dari awal 80an lagi memohon.
Diingatkan  sekali lagi, secara dasarnya MALAYSIA 1963 mengilhamkan Sabah dan  Sarawak sebagai dua daripada empat wilayah dalam Malaysia… disamping  Malaya dan Singapura sebagai dua lagi wilayah. Maksudnya di sini,  tuan-tuan dan puan-puan, Sabah atau Sarawak bukan salah satu daripada  negeri-negeri dalam Malaysia. Borneo ialah kerajaan dia sendiri dalam  pentadbiran Malaysia sama seperti Wales kerajaan dia sendiri dalam  pentadbiran United Kingdom dan France Guinea dalam pentadbiran Perancis.
1.Kedah,  N9, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu, Pulau  Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur adalah 12 negeri-negeri dalam Malaya.
2.Tawau, Sandakan, Sepitang, Kundasang, Kota Kinabalu dan sebagainya adalah negeri-negeri dalam Sabah.
3.Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Lawas dan sebagainya adalah negeri-negeri dalam Sarawak.
4.Chinatown-chinatown adalah negeri-negeri dalam Singapura.
Pasal  itu bila empat wilayah ini - Singapura, Sabah, Sarawak dan Malaya -  bergabung, mereka membentuk negara Malaysia. Begitu sebenarnya konsep  Malaysia, seperti yang termaktub dalam 20-Point Agreement (Sabah) dan  18-Point Agreement (Sarawak).
POINT  17: “Representation in Federal Parliament. This should take account not  only of the population of North Borneo but also of its size and  potentialities and in any case should not be less than that of  Singapore.”
Borneo  masa tu tak kenal pun Kelantan atau Pahang, apatah lagi Langkawi. POINT  17 sebenarnya mengiktiraf Sabah satu negeri, Sarawak satu negeri,  Singapura satu negeri dan Malaya satu negeri. Empat negeri-negeri dalam  Persekutuan Malaysia. Selangor, Johor, Pulau Pinang dan sebagainya  adalah setakat daerah-daerah dalam negeri Malaya. Begitu kefahaman  British semasa Malaysia dibentuk tahun 1963.
Kalau  Malaya ada 20 MP dalam Federal dan Singapura ada 10 MP dalam Federal,  Sabah mesti ada 20 MP, Sarawak mesti ada 20 MP. Bukan macam yang ada  sekarang ni. Negeri sekurus-kurusnya Perlis pun ada MP ramai-ramai.  Semua kuota MP Singapura Malaya dah ambik ye? Lepas tu dia bagi kat  Permatang Pauh ye? Apasal tak bagi Sabah dan Sarawak?
Konsep  Malaysia 46 tahun selepas Merdeka dah lari tune dah, sumbang, berat  sebelah… dayus dan kulup. Itu lah balasan Borneo membela nasib Malaya.
BORNEO VS MALAYA
MALAYSIA  1963 adalah persekutuan 4 kerajaan – Sabah, Sarawak, Malaya dan  Singapura. Singapura keluar persekutuan tahun 1965, tinggal Sabah,  Sarawak dan Malaya dalam Malaysia: Sabah satu wilayah, Sarawak satu  wilayah dan Malaya satu wilayah. Maka, sebetul-betulnya kata,  sewaras-warasnya minda, sejitu-jitunya istilah, Sabah dan Sarawak campur  adalah dua pertiga Malaysia; Malaya hanya satu pertiga Malaysia!
Dalam  ertikata lain, 12 negeri-negeri Malaya bergabung masih tak setanding  Sabah dan Sarawak sebagai dua wilayah. Seharusnya, kerja-kerja  pembangunan sosio-politik, ekonomi, dan infrastuktur di Sabah dan  Sarawak mesti dibuat lebih pesat daripada mana-mana satu, dua, empat  atau 12 negeri-negeri di Malaya bergabung. Kalau Malaysia boleh  upgrade-kan Negeri Perlis dari negeri-dunia-ketiga sehingga boleh jadi  negeri-membangun dan sekarang negeri-maju, dunia Malaysia seharusnya  boleh bangunkan Sabah atau Sarawak dengan usaha 12-kali-Perlis. Pasal  Sabah atau Sarawak bukan negeri; ianya satu wilayah besar. Begitu maksud  MALAYSIA 1963.
Sebaliknya  apa yang berlaku ialah kepentingan-kepentigan Sabah dan Sarawak  diperlekehkan setiap kali – kecuali masa pilihanraya Parlimen.  Pembangunan di Malaysia, samada budaya pop atau politik nusantara, hanya  berlangsung disepanjang garisan tiga bangsa-bangsa di Malaya – Melayu,  Cina dan India. Seolah-seolah dasar ekonomi baru tak pandang langsung  rakyat Sabah dan Sarawak. Kalau ada pun, setakat tempias-tempias dasar  pembangunan.
Seperti  dakwaan Sim Kwang Yang - walaupun pakcik tidak begitu setuju -, Sabah  dan Sarawak sangat mundur dari segi pembangunan sosio-ekonomi  dibandingkan Malaya; antara negeri paling miskin di Malaysia, terletak  di kedudukan sedikit atas dari Kelantan.
Trans-Borneo  Highway yang menghubungi Sabah dan Sarawak bukan lebuhraya sebenarnya.  Apa lebuhraya kalau setakat dua lorong? Banyak kali dah bas ekspres  dengan bas ekspres bertembung di tengah-tengah jalan. Ya lah, kat Malaya  pun ada kemalangan yang sama. Tapi itu berlaku kerana pemandu-pemandu  Malaya semua lesen kowtim punya, lebuhraya 8-lorong pun bas boleh  bertembung dengan lori. Lepas tu orang Malaya minta lagi jalan  dibesarkan supaya tak kemalangan maut. Malaysia pun bagi lagi  peruntukkan meluaskan jalan, kalau boleh satu kereta satu lorong.
Sabah  dan Sarawak pam berjuta-juta duit ke dalam tabung Federal hasil  keluaran gas asli dan petroleum. Borneo hormat syarat-syarat negara  Federal. Maka Borneo pun berpuas hati dengan setakat 5 peratus; atau  dalam perbandingan matematik kaki-lima Borneo bagi RM100 juta kepada  Malaysia, Borneo simpan untuk bekal dia sendiri setakat 5 juta. Setiap  tahun pulak tu. Kerajaan persekutuan Malaysia, melalui Petronas,  mengagih-agihkan kekayaan pembangunan kepada negeri-negeri di Malaysia,  termasuk Labuan. Yang pelik nya tu, hampir semua pembangunan bertumpu di  Malaya sahaja, siap ada Twin Towers lagi diaorang. Dah Malaya banyak  sangat duit, diaorang senang-senang jer buat by-election di sana-sini.  Itu duit Borneo tu diaorang guna.
Iya  lah, negeri-negeri lain pun ada bagi duit juga kat Federal. Pahang  kerja siang-malam banting tulang tapi setakat boleh bagi RM10 juta  kepada Federal. Melaka pancing ikan dan pelancong hari-hari tapi boleh  bagi setakat RM12 juta jer. Sawah padi di Kedah boleh bagi RM7 juta jer.  Sabah dan Sarawak senang-senang bagi RM500 juta setahun.
Kita  belum cakap lagi pasal Subsidi. Ada subsidi minyak, subsidi  barang-barang terkawal, subsidi makanan, subsidi sekolah dan macam-macam  lagi lah subsidi. Bonus Perkhidmatan Awam dan tangga gaji naik dua tiga  skala pun ada. Orang Malaya bukan tahu pun dari mana datangnya semua  duit tu. Diaorang cuma tahu bedal jer. Lepas tu pandai pulak tunjuk  lagak kat orang Sabah dan Sarawak. Malaysia naik angkasa guna duit  Borneo, diaorang tahu ke?
Malaysia  selepas Singapura adalah persekutuan tiga sahabat - Malaya, Sabah dan  Sarawak. Labuan dan Putrajaya adalah hasil persetubuhan tiga sahabat.  Jadi jangan anak-tirikan Sabah atau Sarawak kerana kita bukan anak-anak.  Kalau Malaya tu seorang bapak, kita emak anak.
Bila  lambat si-bapak kat Federal kasi belanja, banyak kali Sabah dan Sarawak  korek tabung dia sendiri untuk buat projek Malaysia dia. Sarawak hantar  satu kontinjen atlit-atlit dia bertanding di Australia tahun 2004.  Semua kos tanggung sendiri. Ada lah seorang dua menang. Siapa dapat  nama? Bendera Malaysia juga yang dikibarkan.
Walaupun  miskin dan terpinggir jauh dari pusat tamadun Malaysia di Kuala Lumpur,  orang-orang Sabah giat berlatih sehingga mereka boleh menang Akademi  Fantasia dan Juara-Juara Lagu. Ha! Itu baru nama KUALITI MALAYSIA yang  betul-betul kualiti. Bob Limbang bukan apa tak menang. Kualiti memang  kualiti tapi Limbang tak cukup handphone.
Bukan  macam artis-artis Malaya yang ramai-ramai masuk industri hiburan pasal  bapa dia Yusuf Haslam atau emak dia ada bau-bau bacang dengan Aziz M.  Osman atau dia siang malam berkepit dengan datuk-datuk. Itu bukan  Kualiti Malaysia namanya. Itu Kualiti Bohsia.
Tengok Mawi engkorang tu. Bila dah berjaya, dia tak ingat lagi tunang dia. Sama macam Malaya tak ingat Borneo selepas Merdeka.
MASA DEPAN MALAYSIA
Komentari : Haji Julaihi Haji Suut
TIGA NEGARA MALAYSIA
Selepas  mengkaji senario-senario SEBELUM MERDEKA dan SELEPAS MERDEKA dan  setelah mengetahui nasib Borneo sebenarnya tidak dibela oleh Malaya,  maka pihak The Four Horsemen dari kepulauan Borneo bermula hari ini  bersetuju sebulat suara untuk memecah-belahkan Malaysia.
Bermula  dari hari ini, Malaya adalah satu negara tersendiri. Negara Sarawak dan  Negara Sabah adalah negara dia sendiri. Malaysia wujud hanya pada nama,  kerana bahasa kita sama. Kalau dulu Sabah dan Sarawak berkahwin dengan  Malaya untuk buat rumahtangga Malaysia, sekarang kita bercerai Talak 1.
MALAYA KENA PUJUK SABAH DAN SARAWAK
Kebiasaannya  bila pasangan rumahtangga kena berhadapan dengan situasi Talak Satu  barulah si suami panik, sedar kelalaian dia. Itu yang kita harapkan.  Kita harap Malaya sedar kesilapan, kedayusan dan kekulupan dia. Kalau  Malaya dah sedar tu, cepat-cepatlah merujuk; kulup tu sunatkan  cepat-cepat. Semenjak Sarawak jadi janda ni, dengar khabar Singapura  berminat kat kita. Brunei dan Filipin pula berminat kat Sabah.
MUSUH DALAM SELIMUT
Kita  buat keputusan nekad seperti isteri merajuk bukan tanpa sebab-sebab  yang sah. Ada alasan-alasan yang baik. Sabah dan Sarawak sudah tak tahan  dengan kerenah Malaya. Malaya bernikah dengan Sabah dan Sarawak kerana  idamkan harta pusaka nenek-moyang kita. Sekarang Malaya nak kita  serahkan surat wasiat yang ditulis oleh Tunku Abdul Rahman semasa dia  datang meminang Borneo tahun 1963. Surat wasiat itu lah satu-satunya  bukti kecintaan Malaya pada Borneo. Tanpa surat wasiat 20-Janji itu  apalah gunanya Malaysia.
“Kuala  Lumpur: The Sabah and Sarawak governments have been urged to take steps  to review the Malaysia Act, the 20-point agenda and other rules and  conditions agreed upon when they became part of Malaysia in 1963. The  agreements should be re-looked to suit current needs, Deputy Minister in  the Prime Minister’s Department M. Kayveas said in the Dewan Negara  Monday.”
Dalam  pengertian lain, dia mahu Point-Point itu dimansuhkan. Agak-agaknya  hero bollywood ni tak pandai sejarah Malaysia atau dia terbawa-bawa  mentaliti Tamil dan berniat untuk membuka lapangan terbang dan pelabuhan  Borneo untuk kemasukkan berjuta-juta sanak-saudara dia dari Sri Lanka.  Untuk kesedaran beliau, pakcik petik pesanan British kepada Malaysia.
British  Parliament 1963: “Any change in the law made in the Federal Parliament  will have to go back to the local territories for confirmation; in other  words, that no law can be imposed on a territory against its will. That  is extremely important.”
Budak  Kayveas ni mana dia letak kepala dia? Kalau tak kerana sekatan 20-Point  Agreement dah lama dah anasir-anasir Malaya bermaharajalela di Sabah  dan Sarawak. Kita tak nak tu. Kita tak nak negeri kita Sarawak atau  Sabah bersepah dengan orang-orang hitam berkempen di jalanraya-jalanraya  menjulang sepanduk Hindraf.
Kalau  Hindraf hendak berbunuhan dengan ISA atau Melayu, buatlah kat negara  engkorang sendiri. Kalau PAS hendak menjatuhkan hudud keatas Pak Lah  buatlah kat negara engkorang sendiri. Kain-kain Borneo jangan sampai  tersingkap. Kesucian Borneo mesti terpelihara.
20-Point  Agreement memelihara kesucian Borneo. Bila ada watak-watak hitam  seperti Kayveas cuba mencabul kesucian Borneo dan bila Malaya tak buat  apa-apa pada Kayveas, apa gunanya Malaya sebagai suami. Dayus dan kulup.
NOTA TERAKHIR BUAT MALAYA
Buat suamiku Malaya,
Izinkanlah  adinda memencilkan diri dari kehadiran abang buat seketika. Sepanjang  pengasingan ini, mudah-mudahan abang terkenangkan kisah silam zaman  percintaan kita suatu ketika dulu bila hujan rintik-rintik sekalipun  tidak dapat meleraikan rangkulan mesra abang. Memori itu hadir lagi.  Angin sepoi-sepoi bahasa dari samudera selatan. Ah, betapa adinda amat  menyayangi abang saat itu. Tahun 1963. Detik bersejarah. Kita pasangan  sejoli. Indahnya bercinta kan, abang?
47  tahun sudah kita bersama, abang. Ada ketikanya adinda rasa terseksa  bila abang tidak mengambil peduli perasaan dan kebajikkan adinda. Malam  silih berganti. Adinda dibiarkan kesunyian. Barangkali sudah takdir kita  tidak bersama selamanya. Sebelum pemergian adinda, disertakan di sini  surat-surat gurindam asmara yang mungkin boleh mengingatkan abang pada  janji-janji manis mu. Kerana adinda masih menaruh harapan.
Andainya  tiada lagi sisa-sisa harapan, kalau nyata abang memang tak menyukai  adinda lagi, putuskan saja hubungan kita. Bukan kehendak adinda tapi  bila abang terus bersikap dingin pada hati yang mengharap kasih sayang  abang, apalah ertinya perkahwinan kita. Biarkanlah adinda membawa diri  jauh-jauh, semoga terluput segala kenangan kita. Kalau adinda tiada  makna lagi bagi abang, ceraikanlah adinda.
Tetapi  sekiranya ada kesedaran pada abang dan kalau terlintas difikiran abang  adinda adalah cinta pertama abang, insan penyayang yang berada di sisi  abang di masa-masa abang kesusahan, memapah abang bila abang keletihan,  memberi air seteguk dua bila abang keletihan, bila kenangan-kenangan itu  menggamit rindu, bila abang sedar abang masih menyayangi adinda,  kembalilah. Adinda menanti kepulangan abang.
Yang merindui keikhlasan mu,
Isterimu Sabah Sarawak.
CATATAN (naspazi):
Menyemarak kesedaran warga Borneo demi memperjelas kebenaran untuk  membebaskan diri dari badai kesialan melayu UMNO sejak 47 tahun yang lalu.
WARGA BORNEO BIAR ADA HARGA DIRI
UMNO SARJANA AGUNG DALAM MENIPU
REMPUH MELAYU UMNO SAMPAI JATUH
- Naspazi
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment